Tentang Snaply

Snaply ialah laman web percuma untuk membuat kad ucapan dan gambar yang bergerak — terus dalam telefon, tanpa muat turun aplikasi.

Kenapa kami bina Snaply

Setiap musim perayaan, kita menghantar ucapan kepada keluarga, kawan dan rakan sekerja melalui WhatsApp. Kebanyakan kad yang tersebar adalah gambar yang sama, dikongsi berulang kali. Kami mahu sesiapa sahaja boleh membuat kad yang peribadi — dengan gambar keluarga sendiri, nama penerima, dan pantun yang sesuai — dalam masa kurang seminit.

Apa yang boleh dibuat

Privasi anda

Gambar anda diproses terus dalam pelayar telefon anda dan tidak dihantar ke pelayan kami semasa anda menyunting. Hanya jika anda menghantar Kad Link dan memilih “Sertakan gambar saya”, gambar dalam kad itu disimpan sementara (dipadam selepas 45 hari) supaya penerima boleh melihatnya. Baca Dasar Privasi untuk butiran.

Percuma untuk semua

Snaply percuma dan dibiayai oleh iklan. Semua reka bentuk kad, ilustrasi dan pantun dalam Snaply dicipta khas untuk Snaply.

Ada cadangan atau jumpa masalah? Hubungi kami.

✨ Buat kad anda sekarang — percuma